Makan ulam pucuk Misai Kucing ketika makan tengahari. Amalan begini akan membantu anda mengurangkan berat badan dalam masa sebulan sahaja.
Misai Kucing baik untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ia baik untuk kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda.
Khasiat lain Misai Kucing adalah seperti berikut:
1. Mencuci saluran kencing dan buah pinggang
2. Mengelakkan dari terjadinya batu karang
3. Membuang asid urik berlebihan dalam badan
4. Mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi
5. Merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah
6. Mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan akibat masalah asid berlebihan
7. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan
8. Merawat masalah keputihan bagi wanita
9. Mengatasi masalah sembelit
10. Mengurangkan risiko penyakit gout
11. Mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang
12. Menambahkan tenaga badan setiap hari UNTUK ''MENERUSKAN