Dia amat gembira
Bersama isteri dicintai
Sekembali dari klinik sakit puan
Kandungan rahim isterinya
Di imbas kamera, janin lelaki
Dia pun mula mencari nama
Bagi bakal anak lelakinya
Dan bertanyakan kepada rakan-rakannya
Di laman sosial facebook
Keesokan harinya
Dia mula membaca
Laman sosial facebook
Dan mula membaca komen rakan-rakannya:
Mahu anak lelaki pandai tanam bunga
Namakan dia Rosman
Mahu anak lelaki pandai baiki kereta
Namakan dia Karman
Mahu anak lelaki pakar penulisan
Namakan dia Suratman
Mahu anak lelaki gagah perkasa
Namakan dia Suparman
Mahu anak lelaki jadi doktor gigi
Namakan dia Sugiman
Mahu anak lelaki jadi polis trafik
Namakan dia Saman
Mahu anak lelaki jadi pakar kunci
Namakan dia Lokman
Mahu anak lelaki baik budi pekerti
Namakan dia Budiman
Mahu anak lelaki ala kadar biasa-biasa
Namakan dia Kadarisman
Dia mula mengambil kesimpulan
Tidak akan memilih nama-nama sedemikian
Lalu dia menulis nama cadangan
Kepada anak lelakinya bakal lahir
Dengan nama - Tanpa Namawan
UNTUK MENERUSKAN